Latihan 1
Berikut ada beberapa pantun.
Arahan ; Baca pantun dengan sebutan
betul dan intonasi sesuai.
Mari Berpantun
'Kebersihan Diri'
Adik mandi di tepi perigi,
Bangun pagi cuci gigi.
Pergi berehat di Batu Pahat,
Gigi kuat gusi sihat.
Gelang emas dipakai Mak Utih,
Baju kemas warnanya
putih
'Rakan Karib'
Daun padi daun sawi,
Anas menjadi rakan Tawi.
Daun ketapang daun pakis,
Waktu lapang Tawi melukis.
Daun mangga daun duku,
Anas pula membaca buku.
Daun peria daun kari,
Tawi bergaya menghias diri.
Daun jambu daun lalang,
Suka membantu ringan tulang.
'Cintailah Sungai Kita'
Singgah di gerai bersama Amar,
Jagalah sungai jangan tercemar.
Subur bercambah daun semalu,
Kutip sampah janganlah malu.
Tanam sirih waktu petang,
Sungai bersih cantik
dipandang.
Latihan 2
Arahan ; Baca ayat.
Letakkan huruf besar dan tanda nokta.
1. pak abu membaca surat khabar
________________________
2. mak utih memasak nasi di dapur
________________________
3. abdul rahman dan ranjan berkawan baik
______________________________
4. rina bersekolah di sekolah kebangsaan taman melati
_______________________________________
Latihan 3
Arahan ; Baca ayat.
Garis kata kerja pada ayat.
1. Tawi mengelap peluh guna tuala.
2. Rajan membasuh kasut guna air.
3. Ramasamy dan Muthu bermain badminton.
4. Abdul memakai kasut sukan warna hijau.
Latihan 4
Arahan ; Mari menyanyi lagu ini
irama 'Anak Itik Tok Wi'
'Pesan Ibu'
Ayun-ayun tangan
Sambil pegang bahu
Waktu pergi taman
Ingat pesan ibu
Ayun-ayun tangan
Jalan hentak kaki
Waktu pergi taman
Mesti hati-hati
Ayun-ayun tangan
Pusing kiri kanan
Waktu pergi taman
Pandai jaga diri
Latihan 5
Arahan ; Membaca dan Memahami
Maklumat.
'Sahabat Baik'
Ini sabahat baik saya. Nama nya Jia Ling.
Umurnya tujuh tahun. Dia tinggal di Taman Emas.
Jia Ling berbangsa Cina. Dia sekelas dengan saya.
Kami ke sekolah dengan menaiki van. Jia Ling
baik hati. Saya suka berkawan dengannya.
1. Nama sahabat baik saya
ialah________________________.
2 .Jia Ling berumur __________________________________.
3. Jia Ling tinggal di
_________________________________.
4. Jia Ling berbangsa
________________________________.
Latihan 6
Arahan ; Susun semula perkataan
supaya menjadi ayat yang betul.
1. lobak itu Arnab makan
_______________________
2. itu Burung tinggi terbang
_______________________
3. Tini bunga memetik setangkai
_______________________
4. dari pejabat Ayah pulang
________________________
5. ayam membela Danish seekor
_________________________
Latihan 7
Arahan: Lengkapkan ayat dengan 'Kata
Tanya' yang betul.
Apa
Bila
siapa di
mana mengapa
1. yang
bermain layang-layang?
2. Mereka
bermain layang-layang
?
3. Ani
tidak hadir ke sekolah?
4. kawan
karib Anas?
5. kegemaran
awak pada masa lapang?
6. Pokok
bunga ini ditanam oleh
?
7. Kamu
hendak buat bunga
melur ini?
Latihan 8
Arahan : Garis perkataan berimbuhan
awalan yang betul.
1. Amin
(berkawan ,berteman) dngan Adzlan.
2. Amin dan
Azlan suka ( bermain , membaca ) buku cerita
3. Mereka (
bermain, berhibur ) layang-layang.
4. Mereka
(menghias ,mengubah ) layang-layang itu..
5. Ibu
(memasak , menulis ) lauk di dapur.
Latihan 9
Arahan : Garis Kata Ganti Nama
Diri yang betul.
1. ( Saya ,
Kamu ) sedang ketip kuku.
2. (
Kita , Kami ) main bola sepak.
3.
"Cuci rambut ( kami , kamu ) dengan syampu," kata kak Alia kepada
Amin.
4. ( Kita , Kami ) mesti gosok gigi.
5. (
Saya , Kamu ) bantu ibu sapu longkang.
Latihan 10
Arahan : Lengkapkan ayat dengan
Kata Hubung yang sesuai.
1. Anas
Huda tinggal di Taman
Melati.
2. Kita akan pergi
ke sana dengan menunggang basikal
berjalan kaki
?.
3. Kamu suka makan
buah sayur?
4. Kakak menyapu
sampah mendengar
lagu.
5. Adik tertidur
di atas sofa
letih.
Latihan 11
Arahan : Baca dan tulis semula
ayat dengan tulisan kemas.
1. Huda main
buaian.
.
2. Anas jogging di
taman.
.
3. Devi main
dengan kawan.
.
4. Ravi main bola
di padang.
.
Latihan 12
Arahan : Baca petikan,kemudian tulis
hanya 5 sahaja Kata Nama Khas pada garisan di bawah.
Nama saya Nirmala Sari. Umur saya 7 tahun. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Taman Malanta Sandakan. Bapa saya Encik Ibrahin Bin Taha. Beliau seorang doktor, bertugas di Hospital Duchess Of Kent Sandakan. Ibu saya Puan Siti Intan Binti Abraham. Ibu saya seorang guru tadika di Sekolah Kebangsaan Kg. Karamunting, Sandakan. Minuman kegemaran saya ialah milo susu, makanan kegemaran saya pula nasi ayam tomato. Hobi saya pula ialah menanam bunga.
Tulis Kata Nama Khas yang terdapat
dalam petikan:
1.
2.
3.
4.
5.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan