Pembelajaran
koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai
kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang
sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan
sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur
asas dalam pembelajaran koperatif adalah:
a)
saling bergantung antara satu
sama lain secara positif,
b) saling berinteraksi secara bersemuka,
c) akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
d) kemahiran koperatif, dan
e) pemprosesan kumpulan
b) saling berinteraksi secara bersemuka,
c) akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
d) kemahiran koperatif, dan
e) pemprosesan kumpulan
Ganjaran diberi
kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam
kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan
berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.
Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh
pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students
Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan
Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).
Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw.
Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan
pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil.
Setiap murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah
menguasai topik kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam
kumpulannya sehingga semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu.
Selepas itu satu aktiviti dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan
berjaya memahami dan menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara
pengajaran berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan
dengan pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.
Pembelajaran
koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif dalam
kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea sendiri dalam
suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah konstruktivisme.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan